Thursday 4 February 2016

Jangan Jadi Mangsa Gajet

Assalamualaikum.. Yuhuuuuu!!! Dah lama tak update blog ni.. Entah dah jadi apa dah.. Kekangan waktu yang membataskan kerja...hahahah.. salahkan waktu pula.. macam la sibuk sangat.. tapi for sure tahun 2015 memang tahun yang agak sibuk buat diriku. Peperiksaan SPM yang menjadi faktor utama untuk aku jarang menulis di blog ini.. Sejujurnya, blog ini pon tak ramai pengikutnya.. Saja seronok-seronok.. So, topik hari ini ialah Gajet/Gadget
saya sendiri mengaku bahawasanya saya juga penggun bahkan penggemar gajet. Tapi bila kelama-lamaan, baru terasa kesan buruk gajet ini. Bukan nak salahkan gajdet ni 100%.. Tapi untuk pengguna macam saya ni (yang mudah ketagih) memang mudah dapat kesan buruk gajet.
Gajet tak salah, Kita yang salah cara guna gajet
Sekarang ini dah jadi trend untuk orang ramai kongsikan setiap perkara di laman sosial masing-masing. Sampaikan ada yang dah buat laman sosial mereka tu macam catatan harian (diary) mereka dah. Secara ikhlasnya, sebagai seorang pembaca bisu (silent reader) penah juga terdetik,
kenapalah perlu dikongsikan perkara-perkara macam ni? sedangkan kalau dibiarkan rahsia lebih indah..
Tidak saya katakan saya seorang pengguna gajet yang bijak.. Tapi saya kasihan apabila ada insan-insan yang berkongsi setiap aktiviti di rumah seperti sidai kain, perasaan sendiri di laman sosial. Tak salah saya katakan, cuma bila ada segelintir pembaca yang tidak tahu pangkal cerita kisah anda, kemungkinan akan berlaku fitnah. Contohnya macam ni.. seorang wanita telah menulis di laman sosilanya bahawa dia berasa sedih pada hari itu. Pada masa yang sama terdapat pembaca yang mungkin dapat menerima dengan hati yang terbuka seperti memberi kata-kata semangat dan dorongan. Tetapi masih juga terdapat pembaca yang akan meluahkan rasa tidak suka dengan mengutuk.
Oleh itu bila difikir-fikirkan semula, lebih baik tak kongsikan perkara remeh temeh ini di laman sosial. Bukan apa, kita kadang-kadang berniat baik, tapi apakan daya, perkara sebaliknya yang berlaku. Jadi, saya rasa lebih baik sekiranya kita cuba bersembang dengan kenalan rapat kita kerana mereka lebih memahami situasi kita. Ini hanya pandangan saya sahaja. Maaf sekiranya ada yang terasa.
Ini hanya sekadar perkongsian saya, saya mengaku ilmu saya masih cetek, jadi saya minta maaf sekiranya ada yang terasa.. Ana asiff jiddan.. Bitaufiqwannajah filhayatikum..
Ikhlas,
esperanza_98

No comments:

Post a Comment